Alhamdulillah Memngg inilah antara masa yang paling panjang pernah aku rasakan iyela.. Aku rasa macam dah bukak kedai ni 2-3 tahun..padahal baru 6 bulan. Camtu gak ngan kenalan kenalan yang aku kenal dalam Tagged, Facebook, Syok.. perghh,, rasa rapat cam dah lama member mungkin sbb itu penghijrahan perlu berlaku dalam hidup kita Aku nak kongsikan detik penghijrahan utama dalam hidup aku.. ya,,, bagi aku dengan penghijrahan ini wat aku lebih yakun dan bertenaga Detik penghijrahan yang aku maksudkan adalah masa aku berpindah sekolah dari sekolah menengah agama rompin (selepas PMR) ke Sekolah menengah kebangsaan tanjung gemok.. wat pengetahuan korang,, masa aku sekolah agama dulu,, aku cuba menonjolkan diri.. tapi aku tak berjaya sebab dibayangi oleh seseorang yang cukup pandai menonjolkan diri mmg pada masa itu watak aku sebijik cam dalam cerita Buli.. kompom aku boyot dan mamat tue plak Roy(macho jer nama.. pandai Afdhlin cari nama) Sedey beb masa tu.. apa aku buat semua orang akan anggap biasa2 aku watlah apa sahaja sampai 1 masa,, aku pernah masuk pertandingan pantun, forum, syarahan serentak.. punyalah nak menonjolnya,, hasilnya... orang lain gak terpilih mewakili sekolah pastu dalam bidang agama plak aku memang kurang skit nak menghafal nie.. maklumlah,, 20 pelajaran 1 tahun.. walaupun aku kelas Alif tapi keputusan dalam bidang akademik banyak membantu berbanding pelajaran hafazan.. Lepas PMR,, aku amik keputusan untuk tukar sekolah,, nangis2 aku ngan mak aku.. mak aku tak kasikk pastu aku amik keputusan menggagalkan diri semua subjek agama aku tak hafal apepunn.. masa periksa aku tak jawab.. mmg kaw2 nak fail Aku masa tu yakin sangat akan dapat keputusan yg baik dalam pereksa.. punyalah konfiden.. aku ingt lagik,, aku siap gariskan jawapan untuk setiap soalan berbentuk subjektif,, siap bagi markah sendiri,, pastu berlagak tak ingat,, mmg sejam dah keluar sampai ketua pemeriksa ingat aku ni budak blur,, asyik keluar awal jerr Habis keputusan keluar,, perghhhhh.. aku senyap jee.. mak aku pun senyap jee abah aku wat tak tau jee,, kenapa? kompomlaa keputusan teruk gilerrrrr jauh dari apa aku bayangkan.. 2A beb.. 6B.. aduii.. 1 C..(9 subjek sbb ada bahasa arab) Mak aku tanya nak pergi mana lepas nie? aku senyap jerkk Aper cerita ngan Roy ek? dia hebat beb!!! dapat 6A Siap pindah sekolah menengah agama kat Kuantan lagikk Aku???? Berpindah ke Sek men TG Gemok!!! mana tue? 'padan ngan muka tue... orang dapat blaja ke bandar.. die pergi blaja ke perukk mana!!!' camtue la lebih kurang kata2 salah seorang makcik aku.. ohh!!! lupa,, Roy ni pangkatnya adalah Pak Sepupu aku.. so sepupu makcik aku.. maknanya nenek sedara aku ni beranak sama tahun ngan mak aku.. so.. mmg bersaudara lah.. adil tak? dahla bijak.. hensem,, masa tue cerita kaho na pyar hei.. haa,, die palk blehh palkk ada iras2 idung cam hero.. aku? orang panggil fei mou.. ada tengok cerita forest cat.. yang budak gemuk bodoh yang kalau bercakap bahu dia naik2 tue haaa jauh beza??? memang sangat!!! akupun bertukar sekolah lah mak aku tak daftarkan sekolah pun,, dia anta aku asrama.. daftar asrama.. sekolah dia suruh aku dafar sendiri esoknya.. hari tue hari ahad.. mujurlah ada senior kat sekolah tue ada sorang yg kenal aku.. so ada gak member.. tengah2 aku kemas pakaian,, plakkkkk tertinggal seluar sekolah... aduhhhhhhhhhhhhh apa laaa nasibku camner nak regester ni.. kalu badan cam osman kering takper.. leh pinjam2 gakk dah la baru masuk dah bagi imej loqlaq... aku senyap jee tak tau nak bagitau sape nak telepon rumah? takut kena maki ngan mak aku... so.. aku jalan2 ambil ketenangan,, camner nak wat dalam masa yg sama aku harap mak aku perasan ada sluar tertinggal pastu aku nampakk,, ada sorang brader nie badan die... mmg ngam ngan saiz idaman aku.. so.. pendek cerita,,, berkenalan skit2 dia kasi aku pinjam seluar dia.. mak oiii.. ni lah pertama kali aku merasa pakai seluar cerut kat pinggang,, biasanya seluar menjerut pinggang.. memang besar gila baban dia punya cawat, memang ikut ati tak tergamak nak pakai. Yerla.. rasa cam kain pelekat di jahit seluar.. tapi aku redha Isnin... perhimpunan... aku tak daftar lagikkk tapi dah beratur perhimpunan... perempuan di belakang lelaki... dan aku berada di belakang sekali dalam salah satu barisan.. aku main masuk jer pakaian?? Songkok mesti ada,, imej budak agama masih ada baju? putih dan baru.. Seluar?? aku tak tau.. tapi aku asyik terdengar orang perempuan asyik gelak22 aku tak tahu permainan perasaan atau ape,, tapi mmg malu sangat muka aku kalu la songkok aku wangi kompom aku masukkan kepala dalamnya tapi tak tahan ahh.. maklumlah,, songkok lama tiba2 aku terdengar pengetua berucap.. muka?? garang giler.. cengkung ajer.. suara? garauu.. misai? nipis menakutkan.. berspek mata... tiba2 dalam ucapan dia aku terdengar ' kamu hendaklah belajar bersungguh2.. saya tengok ada seorang yang cukup rajin dan tekun.. tu yang bersongkok kat belakang tue' SUMPAH!!! LEBIH KURANG CAMTU LAH MAKSUDNYA... apa dosa aku??? aku tak daftar lagik nie dah semua orang menoleh belakng.. YAAA.. benar... orang itu bukan aku... tapi ada sorang lagik budak bersongkok.. mmg skema mukanya.. cerah dan putihh,, tpi secara tak langsung.. ada yang menganggap kata2 itu untuk aku dapatlah aku publisiti percuma di hari pertama aku di sekolah baru... k.. rehat dulu.. nanti camner aku bangkit dari seorang budak yg langsung tak dipandang di sekolah lama kepada menjadi seseorang di sekolah baru.. perjalanan baru bermula.. (untuk sape nak tau.. aku agak kerap menggunakan cerita ini dalam kem2 motivasi yg aku sertai,, so.. mmg agak jelaslah setiap peristiwa,, cuma kali ini aku abadikan dalam bentuk tulisan..) mintak maaf takder format.. just menulis jer
so,, camner?? ada gelak skit2 tak ttg kes aku sblm nie??.. tak habis lagie tue.. bila habis perhimpunan, aku blur.. aku nak gi mana? tup tup aku dengar sorang budak laki kena tengking dek sorang guru memang kau2 kena,, muka cikgu ni leh tahan gak,, cam muka pengetua,, tapi versi muda.. misaii.. hmm tebal skit aku tak sempat lama ngan cikgu nie.. lepas aku masuk dia dapat naik pangkat ke PPD..
aku lagik kecut... budak tu kena marah kalau tak silap pasal kaki seluar cerut,, alaa,, jenis besar atas kecik kat kasut.. haa lorr.. tambah gelabah aku.. cehhh.. hari pertama takkan kene marah dah kot?
aku pun betulkan sluar skit2 n aku jalan kat cikgu tue dah die je ada.. orang lain dah hilang aku senyum,, bagi salam tanya dia kat mana pejabat dia punya pandang aku atas bawah mmg bikin perut kecut jee mujur tak kecut betul2.. kalu tak kompom seluar aku ni aku terlorot samalahh haa,,,sape nak jawab!!!
dia tanya aku sapa?.. aku cakap budak baru nak daftar.. dari mana? aku cakap dari SMAR kenapa tukar? aku cakap mak suruh awak tak nak? saya ikut je
dia bagi tunjukkan kat mana pejabat aku pun secara lahiriah lembut memberi slam dengan cara yang paliiiinnngggg manja 'assalamualaikum...' seorang perempuan keluar aku kompom dia kerani dia tya siapa? dari mana? kenapa tukar? awak taknak? same jer soalan huh mmg skrip telah disediakan agaknya...
dia hantar aku kat bilik penolong kanan 1 'assalamualaikum' yahhhhh malas aku nak taip tapi soalan yang sama jer muncul aku ngan jawapan yang sama siap aku tersenyum lagik mengenangkan kebetulan yg sangat menakjubkan ini... dia cakap aku kena masuk kelas 4B.. sebab kelas A untuk budak sains.. aku cakap takper.. dia suruh aku pergi bilik guru perempuan.. cari seorang guru namanya cikgu Rubiah
akupun pergilah hahahahhahaha kali ni dia tak sempat tya aku dah cerita.. lancar aje ceritaa aku.. dan aku rasa dia berpuas hati
Stop!! apa korang bayangkan bila nak masuk ke kelas baru? mesti nak pengenalan yang mesra dari guru kepada budak2 sekelas kan? aku?? cikgu rubiah tersayang aku dia bukak tingkap kat sebelah belakang bilik guru sambil menunding jari ke salah sebuah bangunan dan dia berkata 'awak nampak kelas tu? tu kelas awak,,, pergi masuk dulu.. kalau tiada meja kerusi awak mintak tolong ketua kelas.. saya ada kelas tak lama lagi..' ohh.. mudahnya...maknanya aku kena main hentam ajer.. masuk kelas camtu ajer.. tiada siapa akan memperkenalkan aku?
Sudahhhh camner nak buat aku puas berpikir apakah lakonan yang paling sesuai untuk menonjolkan imej suci aku.. sedar tak sedar aku dah berada di hadapan kelas..
assalamualaikum..
sunyi..ada memandang...ada wat muka biasa.. aku?biasa.. kontrol.. aku blurrrr pastu datang seorang budak laki.. pengawas.. Rahman namanya memang peramah.. dia offerkan aku tolong carikan kerusi meja aku ikut ajer dia sambil berjalan dia bagitau aku 'kat sekolah ni ada sorang budak,, ko jangan nak ngorat dia.. muka dia.. cam siti nurhaliza.. memang cantik..bla bla bla..' malas aku nak cerita camner dia promot tapi mmg die wat aku tertanya2 gak.. siapakah budak tue
sampai kelas.. rahman letakkan kerusi meja aku di belakang sekali sorang2..jer aku ddk diam2 pada aku ada sebuah buku ajer buku simpulan bahasa.. sumpahh aku baca dan zzzzzzzzz... krohhh...zzzzz..krohhh yaaaa
aku tidur di hari pertama aku dalam kelas aku tak berbual ngan sesiapapun aku ngantok sangat baca buku tue kelas takder cikgu maklumlah... awal tahun
pastu aku terdengar satu pekikan yg membuatkan aku terjaga!!!
'BODOH,, KAU TU JANTAN LEMBUTT!!!' 'TERGELENG2 TERLENGGANG LENGGANG'
Haaa!!! aku blurr depan aku aku tengok ada seorang budak perempuan berpakain perngawas sekolah sedang menengking ke arah seorang budak lelaki berpakaian pengawas pustakaan.. warna biru muda..
'KO LAH,, DADA CAM BESI.. TING TING' sambil dia menggayakan menjentik dadanya sendiri..
udahhh pergaduhan antara nyah ngan tomboi kee? wahhh pengalaman hari pertama aku,, menarikk sebab sekolah aku mana ada camni.. budak laki biasanya mesyuarat depan kelas budak perempuan mesyarat belakang kelas.. mmg tak bercampur dalam kekecohan itu,,, aku terpandang seorang awek sebaris dengan aku yang asyik dengan adegan pergaduhan dengan muka senyumm wahhhh... cantiknyer diaaa aku kelu rasa suasana senyap sahaja damai sekali aku tengok rupanya
keningnya tebal, kulitnya putih, bibirnya halus aja, mukanya agak berisi,,tapi sesuai dangan wajahnya
aku keluarkan pen dan mula menulis....
bersambung....
pss-tak masuk lagi kecerita sebenar.. tapi ada kaitan nanti.. k? siapakah rahman sebenarnya? siapakah siti nurhaliza jr itu? siapakah budak tomboi ? siapakah si auu? adakah cerita ini ada relevennya? dan paling penting siapakah si dia yang manis itu??? auuu..tak tahannn
Tunggu sambungannya....Post By Mukhalis dari www.syok.org |