Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba telah dibuka pada 2 Januari 2001. Letaknya di Kg Lubuk Chempedak, Pulau Tuba. Sekolah ini berkeluasan 15.2 ekar, merangkumi kawasan bersama dengan Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak.
Kos pembinaannya bernilai RM9,298,731.21 dan siap sepenuhnya pada 11 Oktober 2001. Penyerahan rasmi kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dilakukan pada 21 Januari 2001.
Pada asalnya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tuba. Atas persetujuan masyarakat setempat dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah maka nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba pada 6 Mei 2001.
Maka dengan itu, terpahatlah sejarah nama Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba, sebagai warga pendidikan dalam peta pendidikan negeri Kedah.